Home Berita PAS Perlis

LATAS Perlis Anjur Program Tanaman Cili Fertigasi

1473
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) dengan kerjasama LATAS PAS Pusat telah menganjurkan Jelajah Dapurku Hijau Sejahtera pada 8 Februari lalu bertempat di Surau Luqmanul Hakim, Sungai Padang, Sanglang.

Pengarah LATAS DMPNPs, Nooradilah Ismail berkata penganjuran program ini adalah bagi memberi pengetahuan kepada para peserta berkenaan manfaat serta kelebihan teknik fertigasi yang semakin popular dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

Menurutnya lagi, program ini memberi tumpuan untuk menggalakkan golongan suri rumah serta yang berkerjaya untuk memiliki kebun sendiri di rumah masing-masing.

“Oleh itu, kami telah menjemput Jabatan Pertanian Negeri Perlis untuk memberi sesi taklimat berkenaan teknik menanam cili secara fertigasi di halaman rumah.

“Alhamdulillah, sambutan yang kita terima adalah amat menggalakkan, malah peserta yang hadir bukan saja dari kalangan kaum wanita dan suri rumah, tetapi juga kaum lelaki.

“Selain itu, mereka turut diberikan pendedahan bagaimana untuk mengurus dan melupuskan sisa dapur untuk menghasilkan baja kompos,” Kata Nooradilah ketika ditemui di sini.

Katanya lagi, para peserta yang hadir turut diajar membuat lilin dari bahan terbuang.

Rata-rata peserta yang ditemui berasa puas hati dengan program tersebut kerana banyak ilmu yang diperolehi dengan kadar yuran yang rendah iaitu hanya RM10 berbanding jika mengikuti kursus di luar.

Turut hadir Pengerusi LATAS PAS Perlis, Abdul Jamil Kamis dan Ketua DMPNPs, Ustazah Latifah Mat sebagai perasmi program tersebut.