Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Larang Ruangan Komen Untuk Pelihara Reputasi PH

184 views
SHARE

Kenyataan Media

Isnin, 11 Mac 2019 | 4 Rejab 1440H

LARANG RUANGAN KOMEN UNTUK PELIHARA REPUTASI PH

1. Hari ini Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata beliau bercadang untuk melarang ruangan komen di portal berita kononya bertujuan menyekat komen yang boleh membangkitkan kemarahan orang awam.

2. Saya kurang yakin dengan justifikasi yang diberikan memandangkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri lebih suka mengeluarkan ucapan yang mencetuskan provokasi seperti kenyataan Lim Guan Eng dan Nga Kor Meng.

3. PH juga pada tahun lalu beriya-iya mahu memansuhkan Akta Berita Tidak Benar yang boleh menghalang komen negatif dan berita palsu; dan mungkin pada tahun ini, akan memansuhkan pula Akta Hasutan.

4. Bijaknya Gobind Singh Deo ini melontarkan cadangan beliau susulan titah Tuanku Yang Di-Pertuan Agong di Parlimen pada hari ini yang memberi amaran mengenai bahaya pengaruh media.

5. Hakikatnya, beliau selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia terpaksa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan imej dan reputasi PH di media sosial yang semakin teruk sejak 9 Mei lalu terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu seperti dapatan kajian oleh Politweet.

Sekian.

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

FB : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2423175844359098&id=569086473101387