Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (8 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

913
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 8 Mei.

Menurut laporan itu tiada kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Selain itu tiada kes sembuh baharu dan juga tiada kes kematian baharu menjadikan statistik semalam dan hari ini tidak ada perubahan apa-apa.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 43 orang

• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 5 orang
• Jasin : 7 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 26

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 162 orang
Sedang dirawat : 43 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 1
Balai Panjang : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 26

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 1
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 2
Sungai Siput : 11

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 1
Chohong : 1
Jasin : 3
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang pada 8 Mei.

Mengikut laporan itu, jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,535 kes dengan kadar kesembuhan 74.43 peratus bersamaan 4,864 kes dan kadar kematian pula 1.64 peratus atau 107 kes kematian. Kes baharu semalam ialah sebanyak 68 kes.

Menurut maklumat dari laman Telegram Kementerian Kesihatan pula terdapat enam negeri mencatat kes baharu semalam iaitu Selangor (6), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6), Negeri Sembilan (53), Sarawak (1), Pahang (1) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1).

Laporan itu juga mendedahkan berita mengejutkan dengan satu kluster baharu dikesan melibatkan warga pekerja sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

Sehingga 8 Mei 2020 jam 12 tengah hari, dilaporkan seramai 786 orang telah disaring untuk COVID-19. Mereka terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka. Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan.

Menurut laporan itu lagi, kes-kes positif kluster ini melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara iaitu 25 kes warga Nepal; 18 kes warga Bangladesh; lapan kes warga Indonesia; dan dua kes warga Myanmar.

60 kes yang baru dikesan dari ‘Kluster Kilang Pedas’ ini juga menyumbang angka yang terbesar kepada 68 kes baharu di Malaysia semalam.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6535
Kes Baharu : 68
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1564
Kes ICU : 18
Kes Sembuh Baharu : 88
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 4864
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 107


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)