Oleh : Ibnu Janie
MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 7 Mei.
Menurut laporan itu terdapat satu kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam iaitu dari kategori kes import di Daerah Melaka Tengah. Selain itu terdapat satu kes sembuh di Mukim Jasin dalam Daerah Jasin.
Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.
Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.
Kes Positif Keseluruhan Melaka : 43 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 5 orang
• Jasin : 7 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 26
Kes baharu : Seorang
Kes sembuh (keseluruhan) : 162 orang
Sedang dirawat : 43 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 4 orang
Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-
MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 1
Balai Panjang : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 48/26 (1 kes baharu)
Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25
ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 3/1
Ramuan China Kechil : 1/1
Sungai Baru Ulu : 3/2
Sungai Siput : 1/1
Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27
JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 1
Chohong : 1
Jasin : 3 (1 kes sembuh)
Rim : 1
Tedong : 1
Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16
Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang pada 7 Mei.
Menurut laporan tersebut, jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,467 kes dengan kadar kesembuhan 73.85 peratus bersamaan 4,776 kes dan kadar kematian 1.65 peratus atau 107 kes kematian.
Kes baharu pada hari ini sebanyak 39 kes lebih rendah dari semalam iaitu sebanyak 45 kes.
STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6467
Kes Baharu : 39 (1 kes import)
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1584
Kes ICU : 19
Kes Sembuh Baharu : 74
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 4776
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 107