Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (30 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1399
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 30 April.

Mengikut laporan tersebut terdapat lima kes positif baru dilaporkan iaitu di Mukim Chabau, Rim dan Tedong, masing-masing satu kes, sementara kes import di Melaka Tengah pula dua kes. Ia sesuatu yang mendukacitakan setelah tiga hari berturut-turut tiada kes baharu dicatatkan di Melaka sehingga 29 April lepas.

Kedua-dua mukim, Rim dan Tedong sebelum ini berada dalam zon hijau dan kes yang dilaporkan di kedua-dua mukim ini adalah kes yang pertama.

Sementara itu Mukim Bukit Katil yang sebelum ini berada dalam zon kuning kini telah menjadi zon hijau selepas tiada lagi kes aktif dicatatkan semalam. Mukim ini pernah merekodkan sembilan kes aktif sebelum ini dan merupakan antara mukim dengan kes tertinggi pernah dicatatkan.

Bagi kes kematian pula, tiada kematian baharu dilaporkan semenjak 13 April menjadikan jumlah kematian sehingga hari ini kekal 4 kes.

Di sebalik peningkatan dalam kes baharu hari ini, menurut laporan itu juga, seluruh Melaka semalam masih kekal dikategorikan dalam zon kuning semenjak 27 April lepas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah kes terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih dirawat.

Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 198/71 orang
• Melaka Tengah : 94/8 orang
• Alor Gajah : 29/4 orang
• Jasin : 75/18 orang

Kes baharu : 5 orang
Kes sembuh : 123 orang
Sedang dirawat : 71 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 4/1
Bandar Melaka : 1/1
Padang Temu : 11/5
Kes impot : 44/41

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/1
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Siput : 1/1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 28

JASIN (Kategori Kuning)
Bandar Jasin : 4/1 4/1
Chabau : 2/2
Chohong : 7/1
Jasin : 41/12
Rim : 1/1
Tedong : 1/1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 6
Mukim tidak terjejas = 15


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang 30 April 2020. Jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,002 kes dengan kadar kesembuhan 69.49 peratus bersamaan 4,171 kes dan kadar kematian 1.70 peratus atau 102 kes kematian.

Sementara itu Negeri Kedah telah menjadi negeri terbaru berada dalam zon hijau bermula semalam selain Perlis dan Kelantan. Kelmarin seluruh Negeri Kelantan dikategorikan sebagai zon hijau selepas tiada lagi pesakit aktif dicatatkan di negeri itu. Perlis menjadi negeri pertama dikategorikan sebagai negeri zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan semenjak 15 April. Namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap berkuatkuasa di negeri-negeri zon hijau ini.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6002
Kes Baharu : 57
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1729
Kes ICU : 36
Kes Sembuh Baharu : 84
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 4171
Kematian Baharu : 2
Jumlah kematian : 102


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)