Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (29 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

588
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 29 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam. Ini menjadikan Melaka tidak mencatatkan sebarang kes baharu Covid-19 selama tujuh hari berturut-turut semenjak 23 Mei.

Selain itu laporan itu juga menyatakan bahawa terdapat dua kes sembuh baharu di Negeri Melaka, kedua-duanya dari kategori Kes Import Melaka Tengah. Ini menjadikan kes aktif dalam kategori itu kini hanya tinggal dua kes sahaja. Tiada kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 5 orang
• Melaka Tengah : 1 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : 1 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 2

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 206 orang
Sedang dirawat : 5 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Batu Berendam : 1
Kes import : 2 (2 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 28

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Sungai Baru Ulu : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 29 Mei.

Menurut kenyataan media KKM itu, 103 kes baharu telah dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7732 kes.

Kenyataan media itu turut memperincikan dari 103 kes yang direkodkan semalam, tujuh adalah dari kes import sementara 96 lagi adalah kes tempatan. Bagi 96 kes tempatan itu pula 84 darinya adalah pesakit warga asing dan hanya 12 orang sahaja dari dari kalangan warganegara.

Laporan yang sama juga menyatakan terdapat 66 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6235 bersamaan 80.64 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7732
Kes Baharu : 103
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1382
Kes ICU : 8
Kes Sembuh Baharu : 66
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6235
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)