Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (29 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

551
SHARE


Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 29 April.

Mengikut laporan tersebut TIADA kes baru dicatatkan di Melaka semalam. Ini merupakan hari ketiga berturut-turut tiada kes baru dicatatkan di Melaka semenjak 27 April lepas.

Bagi kes kematian pula, tiada kematian baharu dilaporkan semenjak 13 April menjadikan jumlah kematian sehingga hari ini kekal 4 kes.

Dari laporan itu juga, seluruh Melaka semalam masih kekal dikategorikan dalam zon kuning semenjak 27 April lepas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah kes terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih dirawat.

Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 193/67 orang

• Melaka Tengah : 92/9 orang
• Alor Gajah : 29/4 orang
• Jasin : 72/15 orang

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh : 122 orang
Sedang dirawat : 67 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 4/1
Bandar Melaka : 1/1
Bukit Katil : 9/1
Padang Temu : 11/5
Kes impot : 42/39

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 24

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/1
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Siput : 1/1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 28

JASIN (Kategori Kuning)
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 1/1
Chohong : 7/1
Jasin : 41/12

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 17


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang 29 April 2020. Jumlah keseluruhan kes positif ialah 5,945 kes dengan kadar kesembuhan 68.75 peratus bersamaan 4,087 kes dan kadar kematian 1.68 peratus atau 100 kes kematian.

Sementara itu seluruh Negeri Kelantan semalam dikategorikan sebagai zon hijau selepas tiada lagi pesakit aktif dicatatkan di negeri itu. Namun, untuk diisytiharkan bebas dari Covid-19 perlu mencatat rekod 14 hari berturut-turut tiada pesakit aktif. Pada 23 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan Perlis sebagai kawasan zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan melebihi dua minggu semenjak 15 April. Namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap berkuatkuasa di negeri-negeri zon hijau ini.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 5945
Kes Baharu : 94
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1758
Kes ICU : 40
Kes Sembuh Baharu : 55
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 4087
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 100


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)