Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (27 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

679
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 27 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Selain itu juga tiada kes sembuh baharu dan kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam.

Sementara itu, dari keseluruhan 81 mukim di dalam Negeri Melaka hanya tiga mukim sahaja yang masih mencatat kes yang sedang dirawat iaitu Mukim Batu Berendam di Daerah Melaka Tengah, Mukim Sungai Baru Ulu di Daerah Alor Gajah dan Mukim Jasin di Daerah Jasin.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 10 orang
• Melaka Tengah : 1 orang
• Alor Gajah : 2 orang
• Jasin : 1 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 5
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 201 orang
Sedang dirawat : 10 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Batu Berendam : 1
Kes import : 5

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 28

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Sungai Baru Ulu : 2
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 27 Mei.

Menurut kenyataan akhbar KKM itu, 15 kes baharu telah dilaporkan semalam. Ini merupakan antara kadar terendah direkodkan semenjak PKP, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7619 kes.

Jelas kenyataan itu lagi, daripada 15 kes baharu yang dilaporkan semalam, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia. Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah lima kes sahaja.

Laporan yang sama juga menyatakan terdapat 42 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6083 bersamaan 79.8 peratus.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7619
Kes Baharu : 15
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1421
Kes ICU : 8
Kes Sembuh Baharu : 42
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6083
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)