Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (27 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

629
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 27 April.

Mengikut laporan tersebut TIADA kes baru dicatatkan di Melaka semalam. Seluruh Melaka kini dikategorikan dalam zon kuning apabila Melaka Tengah berubah dari zon merah kepada zon kuning mulai semalam. Ini adalah disebabkan pengurangan dalam jumlah kes aktif di daerah itu.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa daripada keseluruhan 81 mukim seluruh Melaka hanya 13 mukim yang masih terjejas berbanding 14 semalam. Mukim Bukit Baru adalah mukim terbaharu yang bertukar dari zon kuning kepada zon hijau semalam.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah kes terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih dirawat.

Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.


Kes Positif Keseluruhan Melaka : 193/70 orang

• Melaka Tengah : 92/10 orang
• Alor Gajah : 29/5 orang
• Jasin : 72/16 orang

Kes baru : TIADA
Kes sembuh : 119 orang
Sedang dirawat : 70 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 4/1
Bandar Melaka : 1/1
Bukit Katil : 9/1
Padang Temu : 11/6
Luar kawasan : 42/39

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 24

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/1
Lendu : 7/1
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Siput : 1/1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 1/1
Chohong : 7/2
Jasin : 41/12

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 17


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang 27 April keseluruhan kes positif ialah 5,820 kes dengan 67.99 peratus telah sembuh bersamaan 3,957 pesakit dan 1.70 peratus atau 99 kematian.

Sementara itu, agensi berita Bernama melaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam berkata Malaysia akan dapat meningkatkan keupayaan menjalankan ujian COVID-19 kepada lebih 22,000 ujian sehari minggu depan susulan penggunaan dua mesin memproses ujian automasi nanti.

Kata Dr Noor Hisham, satu daripada mesin berkenaan yang boleh memproses sehingga 5,000 ujian sehari, akan ditempatkan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur, menjelang hujung minggu ini.

“Satu lagi mesin yang boleh melakukan 1,000 ujian sehari pula akan ditempatkan di makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu,” katanya pada sidang media tersebut.

Beliau berkata dengan tambahan 6,000 ujian menerusi kedua-dua mesin itu kepada 16,500 ujian setiap hari yang dijalankan ketika ini, ia menjadikan jumlah ujian yang dapat dilakukan setiap hari akan menjangkau kepada lebih 22,000 ujian.

“Setakat ini kita mampu membuat 16,635 ujian COVID-19 (sehari),” katanya.

Beliau berkata Malaysia pada mulanya mempunyai 23 makmal ujian COVID-19, namun kini jumlahnya telah bertambah kepada 43 seperti yang dilaporkan Bernama.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 5820
Kes Baharu : 40
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1764
Kes ICU : 37
Kes Sembuh Baharu : 95
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 3957
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 99



Wartawan Rakyat Melaka (WARM)