Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (25 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

463
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 25 April.

Mengikut laporan tersebut TIADA kes baru dicatatkan di Melaka semalam.

Tambah laporan itu lagi, Mukim Jasin di dalam Daerah Jasin masih mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu 15 kes untuk kategori mukim. Sementara bagi kategori luar kawasan pula kes aktif tertinggi dicatatkan di Melaka Tengah iaitu 39 kes.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Daerah Alor Gajah dan Jasin masih kekal di dalam ‘zon kuning’, sementara Melaka Tengah pula kekal berada dalam ‘zon merah’.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih mendapat rawatan.Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 192/76 orang
• Melaka Tengah : 91/52 orang
• Alor Gajah : 29/5 orang
• Jasin : 72/19 orang

Kes baru : TIADA
Kes sembuh : 112 orang
Sedang dirawat : 76 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Zon Merah)
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 3/1
Bandar Melaka : 1/1
Bukit Baru : 2/1
Bukit Katil : 9/2
Padang Temu : 11/6
Teluk Mas : 4/1
Luar kawasan : 42/39

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 7
Mukim tidak terjejas = 22

ALOR GAJAH (Zon Kuning)
Durian Tunggal : 5/1
Lendu : 7/1
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Siput : 1/1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Zon Kuning)
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 1/1
Chohong : 7/2
Jasin : 41/15

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 17


Sementara itu semalam laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pul melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang 25 April 2020.

Keseluruhan kes positif ialah 5,742 kes dengan 65.52 peratus telah sembuh bersamaan 3,762 pesakit dan 1.71 peratus atau 98 kematian.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 5742
Kes Baharu : 51
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1882
Kes ICU : 36
Kes Sembuh Baharu : 99
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 3762
Kematian Baharu : 2
Jumlah kematian : 98



Wartawan Rakyat Melaka (WARM)