Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (24 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

550
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 24 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam.

Selain itu hanya satu kes sembuh direkodkan iaitu dari kategori Kes Import (Daerah Melaka Tengah). Tiada kes kematian dilaporkan Jabatan Kesihatan Melaka semalam menjadikan kes kematian keseluruhan di Negeri Melaka kekal lima kes sehingga semalam.

ELAKKAN KLUSTER HARI RAYA!


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 11 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 2 orang
• Jasin : 1 orang
• Kes import (Melaka Tengah) :4
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 200 orang
Sedang dirawat : 11 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 2
Kes import : 4 (1 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Sungai Baru Ulu : 2
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 24 Mei.

Menurut kenyataan akhbar KKM itu, dengan 60 kes baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7245 kes.Terdapat 33 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5945 bersamaan 82 peratus.

Laporan KKM juga menyebut tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang.

Menurut laporan KKM lagi, empat negeri merekodkan kes baharu semalam iaitu Selangor (46 kes), Kuala Lumpur (11 kes), Johor (1 kes) dan Sabah (2 kes). Negeri-negeri lain tidak mencatatkan kes baharu semalam.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7245
Kes Baharu : 60
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1185
Kes ICU : 9
Kes Sembuh Baharu : 33
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5945
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)