Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (2 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1502
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 2 Mei.

Mengikut laporan tersebut terdapat hanya dua kes positif baharu yang dilaporkan di Mukim Bukit Katil Daerah Melaka Tengah.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Mukim Bukit Katil memasuki semula zon kuning selepas hanya satu hari berada di dalam zon hijau pada 1 Mei lepas apabila mencatatkan dua kes baru semalam. Manakala mukim Bandar Melaka semalam memasuki zon hijau selepas satu kes yang masih tinggal di mukim itu sebelum ini telah sembuh

Seluruh Negeri Melaka semalam masih kekal dikategorikan dalam zon kuning semenjak 27 April lepas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah kes terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih dirawat.Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.


Kes Positif Keseluruhan Melaka : 201/64 orang

• Melaka Tengah : 97/6 orang
• Alor Gajah : 39/3 orang
• Jasin : 75/13 orang

Kes baharu : 2 orang
Kes sembuh : 133 orang
Sedang dirawat : 64 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan dan dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 4/1
Bukit Katil : 11/2
Padang Temu : 11/2
Kes impot : 45/42

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/1
Masjid Tanah : 2/1
Sungai Siput : 1/1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 28

JASIN (Kategori Kuning)
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 2/2
Chohong : 7/1
Jasin : 41/8
Rim : 1/1
Tedong : 1/1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 6
Mukim tidak terjejas = 15


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang pada 2 Mei.

Mengikut laporan itu jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,176 kes dengan kadar kesembuhan 70.05 peratus bersamaan 4,326 kes dan kadar kematian 1.67 peratus atau 103 kes kematian.

Laporan itu juga menyatakan sebanyak 105 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di seluruh Malaysia semalam. Ini adalah kali pertama Malaysia mencatatkan kadar melebihi 100 kes harian selepas kali terakhir pada 16 April lepas yang mencatatkan sebanyak 110 kes.

Daripada jumlah itu, menurut laporan tersebut, 60 kes daripada kes baharu itu dilaporkan di tiga (3) lokaliti PKPD iaitu Selangor Mansion sebanyak 4 kes, Pusat Bandar Utara & Sekitar Pasar Borong KL, Selayang, sebanyak 36 kes dan Selayang Baru sebanyak 20 kes.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6076
Kes Baharu : 105
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1747
Kes ICU : 31
Kes Sembuh Baharu : 116
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 4326
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 103


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)