Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (17 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

577
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 17 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Selain itu terdapat lima kes sembuh direkodkan iaitu dua dari Mukim Sungai Baru Ulu (Daerah Alor Gajah), satu dari Mukim Sungai Siput (Daerah Alor Gajah), satu di kategori kes import (Melaka Tengah) dan satu lagi di Mukim Rim (Daerah Jasin).

Dengan sembuhnya satu kes aktif di Mukim Rim itu maka ia telah berubah menjadi zon hijau. Dengan itu juga sekarang ini di Daerah Jasin hanya satu mukim yang masih terjejas iaitu Mukim Jasin.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 27 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 5 orang
• Jasin : 2 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 14
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 183 orang
Sedang dirawat : 27 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 14 (1 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 2 (2 kes sembuh)
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 28

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 2

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 17 Mei.

Sebanyak 22 kes baharu telah dilaporkan di mana ia masih mengekalkan bilangan bawah 50 kes seperti hari-hari yang lepas. Kadar kes baharu ini juga kurang dari kadar kesembuhan baharu iaitu sebanyak 59 kes.

Laporan itu juga menunjukkan jumlah keseluruhan kes positif ialah 6894 kes dengan kadar kesembuhan 80.8 peratus bersamaan 5571 kes dan kadar kematian 1.64 peratus atau 113 kes kematian.

Hanya dua negeri yang merekodkan kes baharu semalam iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Kumpur (13 kes) dan Selangor (8 kes). Ia memberi harapan bahawa kita hampir berjaya melawan Covid-19.

Dalam laporan itu juga, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk melindungi golongan yang berisiko tinggi kerana mereka mudah terdedah kepada jangkitan Covid-19.

“Golongan seperti warga emas iaitu 60 tahun ke atas dan ada penyakit-penyakit kronik mempunyai risiko lebih tinggi (untuk dijangkiti). Begitu juga dengan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Mereka ini tidak digalakkan untuk berada di tempat-tempat awam.” ujar beliau.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6894
Kes Baharu : 22
Kes Aktif (Yang Measeih Dirawat) : 1210
Kes ICU : 13
Kes Sembuh Baharu : 59
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5571
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 113


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)