Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (15 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

742
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 15 Mei.

Menurut laporan itu satu kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam di Daerah Alor Gajah dari kategori kes Import selepas lama kategori ini berada dalam zon hijau. Kali terakhir kategori ini merekodkan kes aktif ialah pada 22 April lepas.

Laporan itu juga menunjukan terdapat tiga kes sembuh baharu iaitu satu dari setiap satu mukim iaitu Mukim Chabau, Chohong dan Tedung. Ketiga-tiga mukim ini di dalam Daerah Jasin. Dengan itu juga ketiga-tiga mukim ini telah berubah kepada zon hijau kerana tiada lagi kes aktif. Ini juga bermaksud hanya dua mukim sahaja yang masih terjejas dalam Daerah Jasin

Agensi berita BERNAMA semalam pula melaporkan kira-kira 1,000 peniaga dan pekerja Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Batu Berendam di sini, termasuk kontak rapat mereka, perlu menjalani ujian saringan COVID-19 selepas seorang pekerja berusia 30-an di pasar itu disahkan positif semalam. Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Rahmad Mariman dalam laporan itu.

Dalam laporan itu juga beliau berkata pengunjung pasar borong yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit dada dan sesak nafas serta pernah ke pasar borong tersebut sebelum ini diminta segera ke Hospital Melaka untuk saringan dan tindakan lanjut.

Namun menurut Bernama, Rahmad menjelaskan bahawa Jabatan Kesihatan Melaka tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau hebahan di media sosial atau WhatsApp meminta orang awam atau pengunjung yang pernah ke Pasar Borong MPHTJ melakukan saringan COVID-19, sebaliknya ia hanya untuk peniaga, pekerja dan kontak rapat.

Orang ramai juga disaran mendapatkan maklumat sahih daripada media rasmi atau Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka selain menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Melaka Tengah di talian 06-2813353 atau CPRC Negeri Melaka (06-2345999) seperti dilaporkan Bernama.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 35 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 8 orang
• Jasin : 3 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 18
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 175 orang
Sedang dirawat : 35 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 18

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 4
Sungai Siput :1
Kes import : 1 (kes baharu)

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 2
Rim : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 19


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 15 Mei.

Sebanyak 36 kes baharu telah dilaporkan, di mana 28 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah kes hari ini, hanya 1 kes import telah dilaporkan.

Laporan itu juga menunjukkan jumlah keseluruhan kes positif ialah 6855 kes dengan kadar kesembuhan 79.34 peratus bersamaan 5439 kes dan kadar kematian 1.63 peratus atau 112 kes kematian.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6855
Kes Baharu : 36
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1304
Kes ICU :14
Kes Sembuh Baharu : 88
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5439
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 112


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)