Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (12 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1140
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 12 Jun.

Menurut laporan itu, terdapat empat kes baharu direkodkan di Melaka semalam, namun kesemuanya adalah kes import.

Tiada kes sembuh atau kes kematian baharu dilaporkan di Melaka semalam.

Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah masih berada di dalam zon kuning kerana masih merekodkan kes aktif sementara Daerah Jasin pula kekal berada dalam zon hijau kerana tiada kes aktif atau kes baharu dilaporkan di daerah itu semenjak 30 Mei lepas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 34 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 30

Kes baharu : 4
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 211 orang
Sedang dirawat : 34 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Bukit Katil : 1
Sungai Udang : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 12 Jun.

Menurut KKM, sebanyak 33 kes baharu direkodkan semalam melibatkan 16 kes import dan 17 kes penularan tempatan yang mana 14 dari 17 kes penularan tempatan itu melibatkan bukan warganegara sementara tiga lagi kes adalah warganegara.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19 dengan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 119 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes kematian ke-119 (kes ke-8370) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 85 tahun yang meninggal dunia pada 11 Jun lepas di rumah beliau dan jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Keningau, Sabah.

Takziah kepada ahli keluarga beliau.

Tambah laporan itu lagi 103 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 7,065 atau bersamaan dengan 85.31 peratus.

Sementara itu, KKM juga memakkumkan seorang tukang gunting rambut bukan warganegara dikesan positif covid19 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 11 Jun.

KKM menjelaskan bahawa punca jangkitan masih dalam siasatan, sementara jumlah kontak yang dikenal pasti adalah seramai 40 orang termasuk empat rakan serumah dan mereka telah diminta untuk kuarantin di rumah.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8402
Kes Baharu : 33
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1115
Kes ICU : 4
Kes Sembuh Baharu : 103
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 7168
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 119


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)