Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (11 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

604
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 11 Mei.

Menurut laporan itu terdapat satu kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam yang berlaku di Mukim Bandar Melaka. Ini menjadikan mukim ini yang baru sahaja memasuki zon hijau pada 2 Mei lepas kini berubah semula kepada zon kuning bermula semalam.

Laporan itu juga menunjukan tiada kes sembuh baharu dan juga tiada kes kematian baharu dilaporkan.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 41 orang

• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 6 orang
• Jasin : 7 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 23

Kes baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 165 orang
Sedang dirawat : 41 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Balai Panjang : 1
Bandar Melaka : 1 (Kes Baharu)
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 23

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 2
Sungai Siput : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 1
Chohong : 1
Jasin : 3
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 11 Mei

Menurut laporan itu jumlah keseluruhan kes positif ialah 6726 kes dengan kadar kesembuhan 76 peratus bersamaan 5113 kes dan kadar kematian 1.62 peratus atau 109 kes kematian.

Tambah laporan itu lagi, daripada 70 kes baharu, 31 adalah daripada ‘Bukan Warganegara Malaysia’. Daripada jumlah itu juga, 13 adalah daripada kes import, bermakna 57 lagi adalah membabitkan penularan tempatan.

KKM juga memaklumkan satu lagi kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Tabligh Pakistan. Sebelum ini lima lagi kluster lain telah diisytiharkan tamat iaitu :

1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi
2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas)
3. Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan)
4. Kluster Selayang (Pasar Harian)
5. Kluster Rembau

Ini menjadikan jumlah kluster yang telah diisytiharkan tamat adalah sebanyak enam kluster.

Daripada 32 Kluster Covid19 yang aktif, hanya empat kluster yang melaporkan kes baharu semalam termasuklah ‘Kluster Pengawal Keselamatan Cheras’ yang mendapat satu lagi kes baharu menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 13 kes.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6726
Kes Baharu : 70
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1504
Kes ICU : 20
Kes Sembuh Baharu : 88
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5113
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 109


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)