Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | KRCAMALSELANGOR dibawah PAS Kawasan Kota Raja yang giat aktif dalam aktiviti kebajikan secara harian masih istiqamah membantu rakyat dan penduduk yang memerlukan di Selangor khususnya di kawasan Kota Raja.
Berikut aktiviti-aktiviti kebajikan harian KRCAMALSELANGOR :
1. Program Khidmat Masyarakat yang memberi khidmat pengangkutan membawa para Asnaf melakukan vaksinasi bertempat di Sunway Convention Centre, Petaling Jaya. Menurut laporan, penghantaran tersebut merupakan penghantaran kali pertama yang dilakukan di bawah Program Penghantaran Vaksinasi. Khidmat tersebut juga akan diperluaskan lagi dan program berikutnya adalah pada 30.6.2021.
2. Program CSR, kerjasama antara KRCAMALSELANGOR dan First Care Pharmacy, Kota Kemuning yang juga merupakan farmasi panel untu KRCAMALSELANGOR ini akan bersama mereka untuk program penghantaran ‘Face Mask N95’ ke Hospital Orang Asli, Gombak minggu hadapan.
3. KRCAMALSELANGOR yang bekerjasama dengan Syabab Care Malaysia telah membuat penyerahan sumbangan 50 bag beras Ashraffi kepada NGO Syabab Care bagi menjayakan program-program bantuan lockdown di sekitar kawasan Gombak. KRCAMALSELANGOR juga akan bersama dengan Syabab Care Malaysia dalam melaksanakan Program Penyampaian Sumbangan ‘Face Mask N95’ ke Hospital Orang Asli Gombak.
4. Seterusnya, sumbangan susu dan keperluan asas kepada seorang Asnaf muallaf dengan 2 anak kecil yang amat memerlukan bantuan. Menurut laporan, suami kepada individu tersebut telah kehilangan pekerjaannya sehingga sekarang akibat PKP yang telah diperkuatkuasakan.
5. Akhir sekali, Brainstorm perancangan Program Pembangunan Dan Pemerkasaan Asnaf. Laporan menyatakan bahawa, program tersebut lebih fokus kepada pengkormersilan produk-produk Asnaf. InsyaAllah, KRCAMALSELANGOR akan membuka sebuah kilang pemprosesan produk makanan frozen dalam waktu yang terdekat. Projek ini akan mendapat sentuhan nasihat daripadai Lt. Kolonal Abdul Manaf Kasmuri.
Semoga segala perancangan dan perlaksanaan program-program tersebut membawa kebaikan untuk ummah. Lockdown telah hampir menuju ke pengakhiran minggu ke-4 dan keadaan jangkitan Covid-19 masih belum menunjukkan penurunan yang ketara. Justeru, KRCAMALSELANGOR sentiasa bersedia 110 peratus dari segi kesediaan program bantuan kemanusiaan ini untuk membantu meringankan beban mereka-mereka yang memerlukan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor