Home Berita PAS Selangor

Nak tolong orang, kita kena bekerjasama! – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

6
SHARE

May be an image of 2 people, people sitting and people standing

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Memetik kenyataan saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia bahawa, Syabab Care Malaysia telah bertemu dengan NGO Kota Raja Care (KRC) di pejabat mereka, Pusat Operasi Bantuan Kompleks KRCAMAL Selangor, Klang.

Menurut beliau, tujuan utama Team Syabab Care ke sana adalah untuk mengambil sumbangan beras dan facemask bagi membantu para frontliners di hospital sambil-sambil bincang gerak kerja bantuan kepada masyarakat akibat pandemik Covid-19 ini.

Beliau juga menyatakan bahawa, Kota Raja Care (KRC) adalah rakan kolaborasi baru Team Syabab Care dalam gerak kerja kebajikan dan kemanusian di Selangor. InsyaAllah kami akan saling bantu membantu dalam mencapai misi untuk menolong masyarakat yang memerlukan. Matlamat kami sama iaitu kebajikan dan kemanusian. Kami bantu mereka yang susah.

“Bila ada rakan NGO yang sudi menghulurkan bantuan, ia amat melegakan kami dalam usaha untuk mengumpulkan barang-barang sumbangan untuk kami edarkan kepada mereka yang memerlukan”, sambung beliau lagi.

Kenyataan beliau diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada Kota Raja Care yang sudi berkolaborasi bersama Syabab Care Malaysia dalam gerak kerja kebajikan dan kemasyarakatan di Selangor. “Kita wajib bekerjasama diantara satu sama lain. Barulah manfaat kepada masyarakat lebih meluas daripada bergerak sendirian. Ayuh kita sama-sama gembeling tenaga NGO kita bagi manfaat seluruh ummah, doakan”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor