Home Berita PAS Selangor

PAS Bangi beri bantuan buat kaum Cina – PAS Kawasan Bangi

16
SHARE

May be an image of 1 person and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Masa PKP ni, kesusahan bukan hanya pada orang Melayu. Cina dan India juga banyak yang terkesan dan terjejas pendapatan. Hal ini kerana wabak Covid-19 menjejaskan atau melumpuhkan semua tidak kira negara, individu, kaum, bangsa dan agama. Ada yang meninggal dunia dan ada juga yang kehilangan kerja, semua menghadapi perkara yang sama.

Ustaz Azemi wakil daripada PAS Cawangan Taman Kajang Utama dibawah Parlimen Bangi bersama team surau telah menghantar bantuan bekalan makanan kepada uncle dan aunty daripada kaum Tionghua.

Nasihat PAS Kawasan Bangi,”tak perlu gantung bendera putih, hubungi terus wakil PAS cawangan berdekatan jika anda memerlukan. Syaratnya jangan ambil kesempatan dan berilah peluang kepada keluarga lain sekiranya anda tidak lagi memerlukan”.

“Rezeki, walaupun sedikit insyaAllah mencukupi jika berkongsi”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor