Home Berita PAS Kedah

Laporan Polis atas Individu Aibkan MB Kedah

346
SHARE

 

 

ALOR SETAR, 12 Ogos 2021 : Jawatankuasa Hak Asasi Manusia & Undang-Undang (JUHAM) Negeri Kedah melihat desakan pihak terutama musuh politik YAB MB Kedah mempersoalkan laporan polis yang dibuat terhadap beberapa individu yang membuat komen jelik dan mempunyai unsur jenayah hingga mengakibatkan penangkapan beberapa individu sebagai suatu ugutan untuk menakut-nakutkan pengkritik sebagai tidak berasas.

Secara asas, hak kebebasan bersuara di Malaysia dijamin Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Namun, pengubalan undang-undang yang boleh menyekat kebebasan bersuara juga termaktub dibawah Perkara 10(2)(a) dan Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan. Tiada definisi bersuara atau bercakap dalam Perlembagaan, malah apa jua bentuk ekspresi termasuklah berpakaian, aksi, lukisan, mural dan ekspresi mengikut medium-medium tertentu boleh dianggap sebagai bersuara dan bercakap.

Perbuatan “Body Shaming”, “Denigration”, “Harassment” merupakan kesalahan yang paling kerap dilakukan pengguna media sosial. Pihak berkuasa, Polis terutamanya, telah kerapkali menasihatkan masyarakat agar tidak menyalah guna media sosial dengan memuat naik video dengan kata-kata jelik, apatah lagi bersifat menghina. Mahkamah juga seringkali menekankan dalam penghakimannya bahawa sangat penting keseimbangan yang tepat antara simpati terhadap pesalah dan mempertimbangkan penderitaan dan kesusahan yang ditanggung oleh mangsanya atau kerosakan atas kesalahan jenayah yang dilakukannya kepada masyarakat.

Melemparkan perkataan yang sangat jelik kepada orang lain seperti ‘Puk*mak, Ba*lol, *ial, *odoh, bang*ang’ dll secara terbuka adalah pelanggaran jelas tatasusila masyarakat. Tambah parah sekiranya perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang. Maka undang-undang disitu untuk mengimbangi hak dan kebebasan rakyat.

Sayugianya, pemimpin politik juga tidak wajar memberi sokongan buat pelaku perbuatan tersebut semata-mata ingin meraih sokongan rakyat kerana ada dikalangan mereka juga pernah menjadi mangsa komen jelik dan mengaibkan. Menyekat budaya ini dari terus membarah juga adalah satu tanggungjawab sosial. Malah terlalu banyak kes yang telah dihadapkan di Mahkamah samada dari kalangan pimpinan kerajaan sekarang atau terdahulu, malah dari barisan pembangkang dan dari penguasa istana. Kebanyakan pertuduhan, pengakuan salah telah direkodkan.

Masyarakat harus mengambil pengajaran dari setiap tindakan yang diambil pihak berkuasa dalam menangani “hate speech” dalam Negara. Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah walaubagaimanapun, ingin mengambil kesempatan untuk manasihati pihak berkuasa untuk mengunakan budibicara semasa proses penyiasatan secara adil dan saksama terhadap semua supaya keadilan dilihat telah dilaksanakan.

Yang Benar,

Sdr Tuan Ibrahim Ismail

Pengarah JUHAM DPPNK