Home Berita PAS Melaka

Laporan Kewangan Tabung Haji 2018 Tidak Didedahkan Sehingga Kini – Ketua Pemuda PAS Melaka

1133
SHARE

Oleh : ANAS ABDULLAH

BUKIT KATIL : Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Haji Ahmad Bilal Rahuddin melahirkan rasa kesal kerana Laporan Kewangan Tabung Haji (TH) bagi tahun 2018 sehingga hari ini tidak dipamerkan di laman web Tabung Haji.

Selain itu, menurut Bilal lagi, banyak aset-aset TH telah pun dijual. Apa yang menjadi kebimbangan beliau, sekiranya suatu hari nanti, PAS dan UMNO diberi izin oleh Allah untuk perintah negara ini tetapi aset-aset penting sudah tiada lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu demonstrasi Aman Membantah Penjualan Aset Tabung Haji anjuran Badan Perhubungan PAS Melaka bersama Badan Perhubungan UMNO Melaka. Demonstrasi aman ini telah berlangsung di Dataran Masjid Al-Azim disini seusai solat Jumaat petang semalam.

Selain itu, beliau berkata sekiranya benar kerajaan telus, beliau memohon agar ditubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasa dan dedahkan hasil siasatan itu kepada rakyat.

“Kita berhimpun hari ini adalah supaya suara rakyat ini didengar oleh kerajaan supaya kerajaan tidak memandang enteng suara kita diperingkat bawahan lebih-lebih lagi ini adalah kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu khususnya.” kata beliau mengakhiri ucapannya.