Home Rencana PAS Johor

Selamat bersemadi sahabatku

242
SHARE

Oleh : NORMALA SUDIRMAN

Menerima perkhabaran duka sebentar tadi..

Cik Kumutha Raman telah meninggal dunia.

Segalanya seakan suatu mimpi

Sahabat saya dalam DHPP yang sangat gigih berusaha..

Perginya tidak akan kembali namun banyak juga kenangan yang pernah diabadikan ketika bersama.

Selamat bersemadi sahabatku..Telah ditakdirkan dirimu pergi jua.

Rasa sedih mengenangkan saat bersama..

Disaat ramai rakan dalam PAS pergi meninggalkan parti beberapa tahun lalu, dirinya masih setia sebagai penggerak utama Dewan Pendukung PAS Pusat meskipun bukan beragama Islam.

Percayanya dia atas prinsip PAS dan Islam tidak akan membiarkan penganut agama lain dizalimi dan dihina sangat dihargai.

Salam takziah diucapkan .Semoga ahli keluarganya tabah menempuh dugaan..

Beberapa potret dalam koleksi pernah saya abadikan di fb.

 

Ketahuilah..bahawa COVID 19 itu benar..

Teruskan berusaha mencegah penularan wabak ini sehabis mampu dan sehabis usaha yang kita lakukan .

#PergiTakKembali

#SelamatBersemadiSahabatPerjuanganku

#KumuthaDalamKenangan

Penulis merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor