Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | Memandangkan musim pandemik Covid-19 yang semakin teruk, turut menyebabkan lebih ramai insan yang terjejas dan memerlukan bantuan. PAS Kawasan Kota Raja melalui NGO KRCAMALSELANGOR yang sangat istiqamah menjalankan aktiviti kebajikan secara harian, kini menggandakan usaha mereka bagi membantu lebih ramai orang yang susah.
1. PAS Kawasan Kota Raja menyatakan bahawa kali ini merupakan kali ke-3 menghantar sumbangan ke Rumah Jagaan Mesra, Bandar Bukit Puchong. Antara sumbangan yang diberikan adalah seperti 30 kampit beras Ashraffi, minyak, sardin, susu, tamar koko, bihun, ayam dan gula. Rumah Perlindungan Mesra yang dibuka sejak 2006 ini kini menempatkan 15 penghuni anak yatim puteri dan mereka sangat terkesan dengan perlaksanaan PKP dan lockdown.
Sumbangan segera ini diharap dapat bertahan dalam tempoh 2 minggu perlaksanaan PKPD, InsyaAllah.
2. Proses “restock” 100 kampit beras Ashraffi untuk penyediaan pek kecemasan lockdown fasa-4. Sebanyak 10 ribu kilogram beras infaq masuk ke gudang beras di Bukit Kapar dan bersedia untuk proses pembungkusan 5kg dan 10 kg. Kempen infaq beras ini sentiasa berjalan dan lebih digiatkan melalui penampilan pemilik beras infaq ini di stesen-stesen televisyen kerajaan dan swasta.
3. Kali ini hanya seorang pemohon dapat disantuni disebabkan kekangan masa. InsyaAllah, program sumbangan kecemasan lockdown akan diterus seperti biasa esok dan seterusnya disebalik perlaksanaan PKPD. InsyaAllah, sebanyak 140kg ikan akan diterima untuk tujuan infaq daripada seorang rakan pengusaha barangan basah yang terkenal di Jalan Kebun.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor