Home Berita PAS Selangor

PAS Sepang sampaikan pek sumbangan untuk pesakit Hospital Banting – PAS Sepang

18
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sepang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sepang | Dalam kegawatan ekonomi dan keperitan akibat pandemik Covid-19 yang dirasai oleh setiap seorang rakyat Malaysia, sumbangan-sumbangan terus dihulurkan untuk membantu mana-mana pihak yang sangat memerlukan. Para NGO, parti politik dan sumbangan perseorangan berganding bahu dalam membantu mereka ini.

Aktiviti kebajikan PAS Sepang kali ini yang bertempat di blok asrama fakulti perubatan Hospital Banting, Naib YDP PAS Kawasan Sepang, Ust Yusmi Haniff Ariffin ditemani Pengarah JPrD Dengkil, Hj Sairan Kaspin mewakili PAS Kawasan Sepang telah menyampaikan 20 pek sumbangan berupa makanan sampingan untuk pesakit-pesakit di Hospital Banting.

Sumbangan tersebut disampaikan melalui Unit Kerja Sosial Perubatan (KSP) Hospital Banting. Sumbangan telah diserahkan kepada Ketua Unit KSP, Pn Noratikah Mohd Seri. Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa itu dapat membantu dan mengurangkan sedikit kesusahan mereka yang di timpa kesusahan itu.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor