Home Berita PAS Selangor

Laporan harian aktiviti kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | PAS Kota Raja melalui NGO KRCAMALSELANGOR dan para relawan amal bersemangat untuk turun melaksanakan program kebajikan dan bertemu masyarakat yang memerlukan bantuan dan perhatian.

1. Program CSR DI Hospita Shah Alam yang turut terkesan dengan situasi kebanjiran pesakit yang dijangkiti virus Covid-19. Sebelum ini pihak Hospital Shah Alam telah membuka wad di tingkat 9 dan 10 untuk menampung pesakit Covid-19. Kini pihak hospital telah menambah ruang di bahagian dalam hospital dengan katil canvas dan sedang bersedia untuk memasang khemah di bahagian parkir jika keadaan berterusan seperti waktu ini.

KRCAMALSELANGOR berasa bertanggungjawab sama dalam memastikan seluruh frontliners diberikan sokongan dan dorongan dalam memastikan semangat dan motivasi mereka berada pada tahap terbaik walaupun hakikatnya mereka sedang kepenatan. Semoga para frontliners kita dilindungi Allah sepanjang perjuangan murni mereka ini

2. Seterusnya, para relawan amal KRCAMALSELANGOR meneruskan misi bantuan dan menjejaki mereka yang terkesan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Selain beras Ashraffi dan makanan asas, barangan basah seperti ikan dan sayuran daripada kebun amal turut disumbangkan.

Relawan Amal 3 beranak, Pn Nirmala, suami dan anaknya, dikatakan mereka bertiga sangat aktif membantu KRCAMALSELANGOR sejak awal penubuhan, telah menguruskan penyerahan sumbangan pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka.

3. KRCAMALSELANGOR telah melakukan ziarah prihatin assabiquun. Ustaz Ahmad, yang berusia lebih 80 tahun yang juga merupakan seorang aktivis PAS sejak muda dan seorang guru Al Quran yang dihormati di kawasan Kota Raja. Beliau pernah memegang Jawatan Ketua PAS Cawangan. Kini beliau mengalami stroke dan sakit tua serta memerlukan jagaan rapi. Semoga Allah memelihara dan memberkati beliau sehingga ke akhir usia.

Ayuh bersama KRCAMALSELANGOR membudayakan budaya kasih sayang. Jadikan kebajikan dan dakwah asas membina ummah yang sejahtera.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor