Home Berita PAS Selangor

Kongsi rezeki bersama masyarakat – PAS Kawasan Hulu Langat

14
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai yang menderita. Rakyat amat memerlukan bantuan sekarang kerana ramai yang terjejas kerana kehilangan pekerjaan dan kematian tunggak pendapatan keluarga.

Uncle Lee Kaw selaku wakil di Taman Alam Jaya, YDP PAS Hulu Langat, Tuan Haji Mat Jan Sulong dan Ust Saupi yang turut serta didalam misi mengagihkan bantuan yang berbentuk bakul makanan buat masyarakat majmuk di Taman Alam Jaya.

Bersama kita kongsi rezeki disaat ini. Kita mengerti erti kepayahan didalam suasana pandemik Covid-19 ini. Semuanya terkesan dan ada kisah suka duka masing masing. Moga dengan sedikit pemberian ini dapat kita berkongsi apa yang ada ini bersama. Teruskan berbakti dan beramal demi redha Allah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor