Home Berita PAS Selangor

PAS Tanjong Karang lapor polis isu Lim Kit Siang – PAS Kawasan Tanjong Karang

14
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Tanjong Karang | PAS Kawasan Tanjong Karang telah membuat laporan polis terhadap kebiadapan YB Lim Kit Siang membuat tafsiran sendiri berkaitan istilah “Kerajaan Allah” hasil tulisan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang menimbulkan rasa tidak senang kepada ummat Islam di Malaysia.

Ciapan asal Tuan Guru Presiden tersebut telah di salah tafsir di Facebook YB Lim Kit Siang dan boleh menimbulkan kekeliruan dan juga fitnah. Istilah “Kerajaan Allah” tersebut adalah bersifat aqidah dan kepercayaan seorang muslim yang wajib dipegang. Namun dengan niat jahat beliau ia telah dimanipulasi dan diselewengkan pengertiannya.

Bersama-sama membuat laporan polis YDP PAS Kawasan Ustaz Dr. Zamri Zainuldin, Ketua Dewan Musliamat PAS Tanjong Karang Ustazah Marsunah dan Komandan Jabatan Amal Malaysia Tanjong Karang Sdr Hafiz Tamamai.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor