1. Aktiviti di Bilik Operasi Bantuan Kompleks KRCAMALSELANGOR bermula dengan proses penyediaan 30 pek kecemasan lockdown fasa ke-4, sambungan daripada proses yang sama minggu lepas.
2. KRCAMALSELANGOR menyatakan bahawa mereka telah menerima 5 permohonan daripada para Asnaf yang memerlukan dan putus bekalan barang keperluan asas.
3. Unit Penghantaran Bantuan KRCAMALSELANGOR bergerak bergegas ke Balakong setelah kenderaan waqaf selesai di ganti tayar untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan sedikit wang tunai kepada sebuah keluarga Cina dengan 2 orang anak yang telah terputus sumber pendapatan dan si suami yang kini ditahan di wad Tg Rambutan.
4. Misi diteruskan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk membawa balik seorang Asnaf yang tiada duit belanja dan untuk membayar kos rawatan beberapa hari di wad.