Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | Sudah masuk tahun ke-4 sejak penubuhan NGO KRCAMALSELANGOR yang bergiat aktif dan sangat istiqamah dalam aktiviti kebajikan membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Aktiviti mereka diteruskan seperti biasa membantu golongan yang memerlukan bantuan.
1. Relawan Amal KRCAMALSELANGOR Sdr Abdul Halim Wong telah membawa seorang warga emas melakukan vaksinasi di Kapar, Klang. Warga emas berkenaan telah mendaftar melalui hotline KRCAMALSELANGOR. Kali ke-3 dalam tempoh 2 minggu KRCAMALSELANGOR menguruskan penghantaran Asnaf untuk program vaksinasi.
2. Dahulu lockdown dan kini PKPD, telah menyebabkan ramai yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan. Mereka terpaksa berjimat perbelanjaan, namun ada juga yang langsung tiada lagi simpanan sementara menunggu bantuan yang telah kerajaan putuskan. Bantuan termasuk kepada seorang Asnaf yang terpaksa dirujuk ke Hospital kerana akan melahirkan anak yang ke-3.
3. Pada hari ke-2 KRCAMALSELANGOR menyambut ulang tahun ke-4 ditubuhkan mereka mengedarkan 70 kilogram ikan dan 35 beg beras Ashraffi. Semoga membawa keceriaan untuk mereka yang memerlukan bantuan. Program Infaq Beras Ashraffi (satu-satunya beras yang mempunyai logo KRCAMALSELANGOR ) akan terus dipergiatkan dengan membuat iklan di siaran televisyen kerajaan dan swasta. Mari sama-sama kita doakan limpahan daripada Kempen Infaq ini agar dapat memanfaatkan ribuan ummah.
3. Operasi kilang KRCFOODINDUSTRIES telah masuk hari ke-2 pembukaan dan telah mula menghasilkan 3 produk iaitu karipap, donut dan cucur badak. Proses baru bermula untuk memahirkan penggunaan peralatan, pemilihan bahan dan proses adunan.
Juga kualiti pembuatan serta citarasa yang menepati standard di pasaran.
Doakan agar usaha kecil ini berjaya memperkasa ekonomi ummah serta pembangunan Asnaf. Menurut mereka, InsyaAllah minggu hadapan sebuah kiosk akan dibina bagi memasar dan menjual produk-produk kilang kecil ini. Jom bantu mereka memastikan kelangsungan program kebajikan serta program ekonomi berjalan dengan lebih lancar.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor