Home Berita PAS Selangor

Berpolitik biar matang jangan ikut nafsu – Setiausaha BPPN Selangor

33
SHARE

May be an image of text that says "Najib Razak 2h・ Masalah utama negara hari ini ialah sebuah kerajaan tidak stabil, tidak kompeten, bukan pilihan majoriti Rakyat dengan majoriti tipis yang dibentuk atas pengkhianatan dan lompat parti. Adakah masalah utama negara ini akan selesai sekiranya kerajaan hari ini diganti dengan sebuah lagi kerajaan tidak stabil, tidak kompeten, bukan pilihan majoriti Rakyat dengan majoriti tipis yang dibentuk atas pengkhianatan dan lompat parti? 20K 2.1K comments 444 shares"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Artikel | Rakyat memang sedang tertekan susah menghadapi kesan dari penularan pandemik Covid 19. Berbagai perintah sekatan dan larangan cukup menganggu kehidupan dan aktiviti mereka namun ianya terpaksa dihadapi jua demi memberi ruang pada kerajaan melaksanakan pelannya.

Dalam terbeban rakyat terus beri kerjasama dengan harapan Pelan Pemulihan Negara yang sedang berjalan dapat tercapai dan sasaran melahirkan imuniti berkelompok menjelang suku keempat 2021 akan berjaya.

Semoga angka mereka yang menerima vaksin terus meningkat dan rakyat Malaysia akan terlindung dan kehidupan dapat kembali normal.

Kerana itu tidak berhati perut dan tidak berakal sungguh mereka yang mahu mencuri kesempatan merancang menjatuhkan kerajaan disaat kritikal ini.

Berpolitik biar bijaksana, bijak di sini dan bijak di sana. Jangan kerana marahkan pijat habis kelambu rentung dibakar.

Ini bukan masanya berpolitik atau memaksa tukar kerajaan. Ini masanya semua pihak ketepikan agenda dan nafsu politik masing-masing serta beri tumpuan terhadap memulihkan negara dan masa depan rakyat.

Atas dasar ini saya cukup puji kematangan politik mantan PM Dato Seri Najib Tun Razak. Walau beliau vokal mengkritik kerajaan tetapi kritikannya rata-rata membina dan bukannya kerana dendam atau hasad sebagaimana orang lain.

Kata beliau: “Adakah masalah utama negara ini akan seleaai sekiranya kerajaan hari ini diganti dengan sebuah lagi kerajaan tidak stabil …..”

Biarlah PPN ini dilaksanakan. Jika diizinkan Allah semua kembali stabil penghujung tahun ini bolehlah timbang-timbang membubar Parlimen dan dipanggil PRU. Sehingga itu sabar dan bersama kita membantu menjayakan peperangan bersama melawan Covid 19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor