Pimpinan PAS dari kawasan-kawasan di seluruh Negeri Selangor mendapat pencerahan tentang kedudukan terkini dan peranan PAS dalam politik tanah air, langsung daripada Presiden PAS sendiri.
Kemerdekaan Negara wajib dipertahankan. Perpaduan ummah menjadi tumpuan. Kedaulatan Undang-undang perlu diperkukuhkan.
Menjadi kewajiban juga kepada ahli dan pendukung parti mengajak seluruh rakyat dalam Negara ini ke arah kedamaian. Kedamaian menurut acuan Malaysia berasaskan Perlembagaan.
Terima kasih Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang turun menemui tonggak-tonggak Parti di Negeri kami. Kehadiran Tuan Guru Presiden malam tadi bertepatan pula dengan genapnya 10 tahun usia Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Selangor yang diketuai oleh Dato’ K. Deepakaran di mana yang pelancarannya dahulu telah disempurnakan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor