Home Berita PAS Kedah

Lajnah Pendidikan PAS Padang Terap santuni 20 calon SPM dan STPM 2021 bersama ADUN Pedu

146
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PEDU – Lajnah Pendidikan PAS Padang Terap yang dipengerusikan oleh Ustaz Habibullah Salleh menyantuni seramai 20 orang calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia 2021sekitar dun Pedu baru-baru ini.

Menurut Ustaz Habibullah, program santuni calon SPM dan STPM 2021 anjuran bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu.

Pada hari pertama ziarah kumpulan satu dengan di ketuai oleh Yang diPertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz dan ADUN Pedu YB. Hj. Mohd Radzi Md Amin turun ke 10 buah rumah calon di Naka.

Antara calon yang di ziarahi ialah adik Siti Solehah Abdullah mendapat 5A dan adik Suhada Mohd Roslan mendapat 6A dalam keputusan SPM mereka.

Mohd Radzi turut menyampaikan sijil penghargaan dan sedikit sumbangan tanda ingatan kepada pelajar-pelajar tersebut bersama Ustaz Azam kepada keluarganya.

Manakala pada hari keduanya, yang di ketuai oleh Ketua Lajnah Penerangan PAS Padang Terap Ustaz Nurul Amin Abd Hamid bersama ADUN Pedu YB. Hj Mohd Radzi Md Amin turun ke berapa buah kampung di sekitar Pedu.

Beliau sempat menemuramah salah seorang pelajar SPM yang bercita-cita ingin menjadi guru Bahasa Inggeris kelak, jarang sekarang ni nak dengar anak muda bercita-cita nak jadi seperti tersebut.

“Tahniah adik Nur Aleya Natasya dari Kampung Linchan yang berjaya dalam SPM dan bakal menyambung pelajaran ke UITM Arau, Perlis dalam bidang sains dan ingin menjadi guru Bahasa Inggeris kelak”

“Teruskan usaha dik, semoga berjaya mencapai cita-cita untuk menabur bakti kepada anak bangsa”,tambah ustaz Nurul Amin lagi.

Justeru itu, juga turut di sampaikan sijil penghargaan serta sedikit sumbangan barangan keperluan dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu kepada keluarga calon tersebut sebagai tanda ingatan.

Kesemua keluarga calon tersebut amat gembira dengan kehadiran pihak Lajnah pendidikan bersama ADUN bagi meraikan kejayaan anak-anak muda kampung yang berjaya dalam menduduki SPM dan STPM 2021.