Home Berita PAS Melaka

Lajnah Ekonomi Lancar Program Jualan Kurma Jana Dana PAS Melaka

643
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

MELAKA : Lajnah Ekonomi PAS Melaka telah melancarkan Program Jualan Kurma bagi menjana dana PAS Negeri Melaka di sini, baru-baru ini.

Ketua Lajnah Ekonomi PAS Melaka, Rafie Ahmad menyatakan bahawa kurma dipilih sebagai produk jualan bagi projek ini kerana ia amat sinonim dengan ibadat puasa, lantas Lajnah Ekonomi PAS Melaka mengambil ruang ini bagi menggalakkan sumbangan sesama ahli dan masyarakat sebagai tanda kesyukuran dengan kehadiran bulan yang mulia ini.

Menurutnya lagi, kurma yang dijual adalah dari timur tengah iaitu jenis Rotab yang sememangnya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Sebanyak 1200 kotak kurma telah dipesan dari pembekal dan setiap kawasan dibekalkan sebanyak 200 kotak.

“Alhamdulillah kesemua PAS Kawasan telah bersetuju dan mereka telah pun mula mengedarkan kepada ahli dan masyarakat dalam kawasan masing-masing”. Tambahnya lagi.

Selain itu, ditanya adakah pihak PAS kawasan akan turut mendapat keuntungan hasil daripada program ini, Rafie menjawab, Lajnah Ekonomi mendapat harga yang istimewa dari pembekal kerana kurma dibeli secara borong. Oleh itu, ia dijual kepada setiap kawasan dengan harga yang istimewa dan setiap kawasan masih boleh mendapat keuntungan kerana harga yang dijual tidak melebihi dari harga pasaran.

Menurut Rafie lagi, setakat ini Lajnah Ekonomi telah menjual sebanyak 1320 kotak dan secara tidak langsung memberi sedikit keuntungan hasil dari program ini bagi menambahkan dana atau tabungan PAS Negeri Melaka.

Beliau juga menambah bahawa Lajnah Ekonomi ada merangka beberapa lagi projek khusus untuk menjana sumber kewangan PAS Negeri dan kawasan-kawasan secara jangka panjang di samping beberapa projek lain yang akan disenarai pendek dalam masa terdekat nanti.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)