Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Lagi Pendakwah Terkenal Seru Pilih PAS

14674
SHARE



Lagi Pendakwah Terkenal Seru Pilih PAS

Oleh: Faris Mahfuz

Pendakwah terkenal, Ustaz Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan menyeru rakyat Malaysia agar mengundi PAS pada PRU 14 berdasarkan hujah ilmiah. Beliau menyatakan bahawa hujah itu banyak tetapi memadai beliau kemukakan tiga hujah sahaja.

“Kerana dasar PAS ialah Islam dan PAS memperkenalkan Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah yang berlaku dalam negara kita pada hari ini.”

“Pentadbiran PAS di negeri Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang telah membuktikan bahawa bersih daripada sebarang penyelewengan dan rasuah. Hal ini dibuktikan oleh laporan SPRM baru-baru ini.”

“PAS mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Politik seumpama ini akan memberi kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.” ujar beliau.

Beliau menyeru rakyat Malaysia agar mengundi PAS pada PRU 14 agar keluarga, masyarakat dan negara menjadi sejahtera.

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=187911368509606&id=122693518364725