Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Datuk Kamilia Dedah Kenapa Beliau Pilih PAS

8934
SHARE

Datuk Kamilia Dedah Kenapa Beliau Pilih PAS

Oleh: Salman Amirruddin

Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia dalam ceramah pasca penamaan calon DUN Tepoh menyatakan bahawa dalam kehidupan kita mesti ada wadah perjuangan yang membela Islam.

Selain itu, beliau menyatakan dalam pengamatannya sendiri bahawa satu-satunya wadah perjuangan yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai dasar adalah PAS.

“Saya semak semua perlembagaan, dan saya dapati bahawa parti PAS lah di dalam perlembagaannya dengan jelas dan nyata menyatakan bahawa apa yang diperjuangkan oleh parti ini adalah berlandaskan al-Quran dan Sunnah,” terang beliau.

Beliau turut menyeru agar rakyat mengundi PAS untuk memastikan apa yang dilakukan oleh negara ini berasaskan kebenaran, al-Quran dan Sunnah.