Home Berita PAS Sarawak

Kunjungan Dan Ramah Mesra Bersama Peniaga

73
SHARE

OLEH : FARAH HANIM

Pusa, 13 November 2021 : Penyelaras DUN Beting Maro, Arifiriazul Paijo bersama beberapa orang petugas PAS Beting Maro turun membuat kunjungan di Pasar Pusa dan rumah-rumah kedai di sekitar Beladin Rabu lalu.

Beliau juga menyantuni dan beramah mesra dengan para peniaga serta pengunjung yang ada di pasar bagi memperkenalkan PAS sebagai salah satu parti politik yang ada di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, penduduk setempat meluahkan keluhan berkaitan masalah bekalan air bersih yang telah sekian lama dihadapi dan hanya mengharapkan tadahan air hujan bagi memenuhi keperluan seharian mereka.

Arifiazul juga mengatakan penduduk Pusa turut mengalami masalah capaian internet yang sangat lemah yang mana jaringan internet sudah menjadi satu keperluan apatah lagi banyak urusan yang memerlukan penggunaan internet pada masa sekarang.

“Antara yang terkesan juga adalah anak-anak yang bersekolah dan masih mengikuti pembelajaran dari rumah (PdPR). Hal ini menyukarkan anak-anak untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih efektif,” tambah beliau lagi.

Arifiriazul juga sempat memberikan kata-kata semangat kepada penduduk setempat untuk terus bersabar dan pada masa yang sama terus berusaha membuat aduan pada saluran yang sepatutnya supaya keluhan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk sampai kepada pihak yang berwajib.

PAS Beting Maro memandang berat akan masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat dan berharap agar kebajikan dan keperluan penduduk Pusa dapat dipenuhi oleh pihak berwajib.