Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kunjung Hormat Ameerah Malaysia Ke Putrajaya

758
SHARE

Kunjung Hormat Ameerah Malaysia Ke Putrajaya

Oleh: Syazwana M.Zohir
Foto: Media Ameerah Malaysia

Putrajaya – Seramai 16 orang kepimpinan Ameerah Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Zuraida Md Noor bersama saf pimpinan melakukan kunjung hormat ke Putrajaya, semalam.

Menurut Zuraida, kunjung hormat pertama bermula jam 11.30 pagi di Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu berkata program kunjung hormat itu bertujuan untuk memperkenalkan Ameerah di peringkat yang lebih tinggi.

“Hari ini (semalam), Ameerah telah menyerahkan himpunan kertas kerja berkaitan perbahasan dalam Konvensyen Wanita Muda Malaysia yang telah diadakan beberapa bulan yang lepas.

“Intipati berkaitan hal-hal semasa wanita telah dilanjutkan kepada Timbalan Menteri dan ingin saya nyatakan kebersamaan Ameerah Malaysia dalam menghulurkan tenaga, idea dan kerjasama dalam pelbagai bentuk sinergi yang bakal berlangsung.

“Pada sebelah petangnya pula, sesi kunjung hormat diteruskan lagi dengan kunjungan ke Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohamad Yusoff,”ujarnya ketika ditemui selepas program tersebut, di sini, semalam.

Zuraida optimis bahawa program ini akan memberi pendedahan yang luas kepada Ameerah Malaysia untuk kekal relevan dan terus berbakti kepada masyarakat.

Beliau menyatakan untuk mencapai misi menyuntik kesedaran beragama dalam semua aspek kehidupan khususnya kepada anak muda wanita, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang kerjaya merupakan satu tanggungjawab yang berat buat ahli Ameerah seluruh Malaysia.

Ameerah Malaysia walau bagaimanapun, berani melangkah setapak ke hadapan, dengan inspirasi utama iaitu menjadi frontliner (barisan hadapan) dalam isu-isu kewanitaan dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Zuraida turut menyifatkan Program Kunjung Hormat itu menatijahkan kesedaran, ilmu serta hubungan dua hala yang sangat bermakna dalam memastikan agama Islam terus dimartabatkan di tanah watan ini.