Home Artikel PAS Melaka

Kuliah Haraki Peringkat DUN Bachang

135 views
SHARE

BACHANG, 22 Nov – Jabatan Pilihan Raya DUN (JPrD) Bachang telah menganjurkan kuliah haraki peringkat DUN Bachang pada hari Rabu yang lalu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para petugas pilihan raya, di samping membakar semangat bergerak kerja melakukan pecutan akhir sebelum tibanya PRU yang ke 14.

Bertempat di Balai Islam Taman Cempaka, program bermula selepas maghrib. Pengisian disampaikan oleh Ustaz Mamat bin Haji Yusof, AJK Dewan Ulama’ PAS Negeri Kelantan. Pada penghujung program, sesi soal jawab juga diadakan bagi memberi peluang kepada hadirin meluahkan kemusykilan yang terbuku di hati.

Seramai 40 orang dari sekitar Kawasan Bachang telah menghadiri program ini. Turut hadir adalah Penyelia DUN Bachang yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ramli bin Dalip.

Menurut Pengarah JPrD Bachang, Haji Mohd Rizal bin Idris, program sebegini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang secara berkala, memandangkan konsep al-fahmu adalah sangat mustahak kepada para amilin.