Home Berita PAS Melaka

Kuliah ‘Ahlan Wasahlan Ya Ramadan’-persediaan sebelum Ramadan

361
SHARE

Oleh SHAWAL AHMAD

KOTA MELAKA, 30 Mac : PAS Cawangan Semabok dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kota Melaka telah menganjurkan program kuliah Maghrib ‘Ahlan Wasahlan Ya Ramadan’.

Kuliah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek di Surau Mahmudiah, Bukit Godek, di sini, semalam.

Kupasan intipati utama kuliah adalah berkisar tentang motivasi dan tip-tip persediaan untuk menghadapi Ramadan.

Beliau yang juga Penasihat Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka itu berkata, umat Islam hendaklah membuat persediaan menyambut kedatangan Ramadan dengan persediaan ilmu dan ulangkaji perkara berkaitan puasa.

Menurut Ustaz Kamarudin, persediaan hendaklah dibuat bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadan terutama dari aspek iman dan ilmu selain merealisasikan matlamat bersungguh-sungguh melawan nafsu dan menahan diri daripada berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

Selepas Solat Isya’ di dalam program yang sama LKK PAS Kawasan Kota Melaka turut mengambil kesempatan mengagihkan 35 unit kit barangan keperluan dapur kepada para ibu tunggal dan asnaf bagi meringankan beban mereka untuk melalui Ramadan yang bakal menjelma.

Program turut dihadiri oleh Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Zuhaidi Yusuf, ahli-ahli PAS Kota Melaka dan masyarakat sekitar.