Home Kenyataan Media PAS Perlis

Kukuhkan Muafakat Demi Kesejahteraan Rakyat dan Negara

1108
SHARE

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERLIS
KUKUHKAN MUAFAKAT DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA

1. Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Menjunjung kasih Tuanku atas pelantikan ini.

2. Pelantikan beliau telah menamatkan krisis politik yang berlarutan selama hampir seminggu yang telah mendatangkan kerugian yang cukup besar buat negara.

3. PAS Perlis juga akan memberi sepenuh kepercayaan kepada Y.A.B. Perdana Menteri untuk memimpin Malaysia ke arah kecemerlangan.

4. Harapan kami agar muafakat yang terbina antara parti-parti yang mendukung kerajaan baharu ini akan memberi sinar baru kepada sistem politik dan pentadbiran negara.

5. PAS Perlis meyakini kepimpinan yang menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran negara akan menatijahkan kemakmuran negara serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

‘ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN’

MOHD. SHUKRI BIN RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
2 Mac 2020 / 7 Rejab 1441H