Home Artikel PAS Pahang

‘Port Budak Felda’ inisiatif kreatif bantu peniaga belia

723
SHARE

Penulis: Khairul Izwan

Pandemik Covid19 yang mengancam periuk nasi rakyat memberi kesan terhadap golongan belia di negara ini. Terdapat peniaga kecil jalanan yang terpaksa gulung tikar kerana sambutan yang sangat lesu berbanding sebelum negara ini dilanda musibah pandemik Covid19.

Justeru, Mohd Adnan atau dikenali sebagai Cik Nan membangunkan Port Budak Felda untuk peniaga belia berniaga.

Port Budak Felda ini berkonsepkan Food Court dan disediakan gerai-gerai kecil untuk peniaga menyewa dan berniaga. Kerusi dan meja untuk pelanggan disediakan oleh Cik Nan.

Inisiatif ini diambil oleh Cik Nan memandangkan kawasan sekitar tersebut tidak mempunyai medan selera dan tak semua peniaga kecil mampu untuk membuka kedai makan sendiri.

Lokasi Port Budak Felda adalah di Perantau Damai, Muadzam Shah melibatkan Perkampungan Felda Keratong 8, 9 dan 10. Port Budak Felda ini juga dikenali sebagai Port Kaki Lima kerana berada di kaki lima laluan utama kawasan perniagaan Keratong 9.

Pelanggan dapat menikmati pelbagai menu dan hidangan yang sesuai untuk keluarga di situ. Menu utama seperti Char Kuey Teow Special, Sup Tulang, Locing dan pelbagai hidangan ringan.

Dewan Pemuda PAS Rompin turut meninjau ke lokasi untuk memberi suntikan semangat dan melihat bahawa tempat tersebut amat berpotensi untuk dimajukan.