Home Berita PAS Johor

Kritikal : Pencemaran Sungai Kim Kim Ancam Pelajar Sekolah

2368
SHARE

Oleh : PAR PAS Tebrau

Tebrau, 7 Mac – PAS Kawasan Tebrau menggesa Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran di Sungai Kim kim yang semakin teruk ketika ini.

Pencemaran yang dilaporkan bermula sejak 6 Mac semalam berlarutan hingga hari ini dan semakin kritikal apa bila semua sekolah berdekatan diarahkan untuk dihentikan operasi serta merta.

Dilaporkan juga ada sebilangan pelajar yang mengalami muntah-muntah dan pening kepala kerana terhidu bau pencemaran tersebut.

Laporan bergambar mendapati keadaan Sungai Kim kim sudah sampai ke tahap kritikal.

PAS Kawasan Tebrau amat kesal dan memandang serius atas kejadian yang berlaku ini kerana ianya melibatkan kepentingan masyarakat setempat.

Perkara kritikal seperti ini perlu diberi perhatian utama oleh pihak berkaitan supaya kejadian yang sama tidak berulang kembali.

Pihak berkenaan juga perlu melakukan pemantauan secara menyeluruh dan mengenal pasti jika terdapat kilang industri di kawasan ini yang melepaskan sisa buangan ke dalam parit dan sungai di sini sehingga keadaan pencemaran bertambah meruncing.

PAS Kawasan Tebrau bimbang jika pencemaran di Sungai Kim kim ini tidak dikawal dan diambil tindakan dengan berkesan akan turut mencemarkan persekitaran taman dan alam sekitar.

Justeru itu, PAS Kawasan Tebrau berharap kerajaan Negeri Johor, pihak berkuasa tempatan dan jabatan serta agensi bertanggungjawab memberi perhatian sewajarnya terhadap masalah ini dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya.