Home Kenyataan Media PAS Selangor

KRISIS AIR DI KLANG : PEMUDA PAS SELANGOR GESA PIHAK KERAJAAN NEGERI LEBIH PROAKTIF

91 views
SHARE

1. Pemuda PAS Selangor melahirkan rasa keprihatinan atas musibah yang berlaku ke atas warga Klang dan sekitarnya dengan masalah bekalan air. Gangguan bekalan air yang menjejaskan hampir 800,000 pengguna di 65 kawasan sekitar Klang terjadi sejak Sabtu lepas sebelum menjelang Ramadhan sehingga ke hari ini. Walaupun informasi awal yang diterima, proses baik bulih secara berperingkat sedang dilakukan, namun sehingga ke hari ini bekalan masih belum mencukupi menampung keperluan warga Klang.

2. Pemuda PAS Selangor mengikuti rapat perkembangan semasa krisis air yang melanda di Klang sejak hari pertama kejadian. Di peringkat Pemuda PAS Selangor telah pun menggerakkan bantuan sukarelawan menerusi Lajnah Kebajikan dan Jabatan Amal Malaysia mengagihkan bekalan air minuman dan air bersih yang dihantar oleh pihak kawasan-kawasan ke tempat-tempat yang kritikal.

3. Pemuda PAS Selangor juga melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan sikap kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu air yang menimpa Rakyat Klang baru-baru ini berikutan kerja-kerja pembaikan tiga paip utama yang pecah berhampiran projek pembinaan Lebuhraya Koridor Barat (WCE) Banting-Taiping.

4. Pihak kerajaan negeri dilihat gagal menyediakan plan kecemasan untuk menghadapi isu sebegini. Sumber dari pimpinan dan sukarelawan PAS Kawasan Kapar serta Klang mengatakan bahawa pihak kerajaan negeri gagal menyediakan lori tangki air yang mencukupi untuk penduduk setempat yang bermula pada hari Ahad lagi.

5. Pemuda PAS Selangor menegaskan bahawa sepatutnya sebagai sebuah kerajaan, keutamaan rakyat mesti diberikan fokus utama, namun perkara ini seakan tidak dipedulikan. Malah aduan demi aduan diterima dari rakyat terhadap kesulitan yang mereka dihadapi.

6. Melihat kepada situasi semasa ini, Pemuda PAS Selangor menggesa kerajaan negeri untuk lebih proaktif bagi menyelesaikan krisis air ini. Cadangan yang boleh diambil tindakan oleh kerajaan negeri ialah :

1) Plan kecemasan yang efektif dengan menghidupkan semua agensi kerajaan yang berkaitan untuk menggerakkan bantuan sampai Kepada rakyat yang terlibat dengan segera.

2) Intensif bantuan segera berbentuk kewangan sebagai pampasan kepada rakyat yang terlibat.

7. Pemuda PAS Selangor juga memperingatkan agar segala bentuk kenyataan yang bersifat manis politik mesti dijauhkan. Ini kerana beberapa hari lepas, apabila mengeluarkan kenyataan bahawa air sudah disalurkan, kegembiraan Rakyat hadir seketika, namun air masih belum sampai sepenuhnya ke pili air rumah.

8. Pemuda PAS Selangor meminta orang ramai boleh menilai sendiri apa yang berlaku di Klang dalam krisis air ini menerusi video dari Sukarelawan PAS bersama DR Halimah Ali pada link tersebut :
https://www.facebook.com/450332874977897/posts/2460708137273684?s=1321545505&v=i&sfns=mo

BANGKIT; PEMUDA PERINTIS KEBANGKITAN UMMAH

Ustaz Hanafi bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Tarikh : 5 Ramadhan 1440 / 10 Mei 2019

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks
Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en
Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

#Bangkit
#IslamMemimpin
#PhKerajaanSepenggal