Home Kenyataan Media PAS Kedah

Setahun PH Kedah Memerintah, Kerajaan Abai Maqasid Syariah

344 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
11 Mei 2019

SETAHUN PH KEDAH MEMERINTAH , KERAJAAN ABAI MAQASID SYARIAH

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melihat pentadbiran kerajaan negeri Kedah menjelang setahun usia di bawah kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini adalah sebagai sebuah kerajaan gagal menepati prinsip maqasid syariah kerana hanya gah dengan pengumuman projek-projek mega dan tidak mendahulukan keperluan utama rakyat Kedah.

Prinsip Maqasid Syariah dalam urus tadbir sesebuah kerajaan dilihat tidak berlaku di dalam kerajaan Pakatan Harapan Kedah walaupun prinsip maqasid syariah menjadi salah satu daripada enam startegi belanjawan Kedah 2019 yang diumumkan oleh DS Mukhriz dan selalu menjadi bualan pimpinan Pakatan Harapan.

Gandingan Maqasid Syariah dan Konsep Rahmatan Lil Alamin sering dizahirkan seolah-olah kerajaan PH hari ini adalah sebuah kerajaan yang selari dengan syariat Islam.

Sebagai contoh pengisytiharaan projek 7 projek berimpak tinggi yang bernilai RM3.2 bilion di Kedah oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali , walaupun matlamat projek-projek tersebut dilihat menguntungkan rakyat pada jangka masa akan datang , tetapi ianya tidak mengutamakan keperluan asas rakyat seperti bekalan air dan pembinaan hospital. Falsafah maqasid syariah dilihat tidak dijelmakan dalam kerajaan Pakatan Harapan Kedah.

Dalam aspek memelihara agama , sepatutnya golongan agamawan harus diperkasakan dan diberikan sokongan , tetapi peneraju agama kerajaan negeri lebih suka menzahirkan kuasa jawatan apabila mengertak pegawai masjid yang mengkritik kerajaan dan memecat imam yang tidak mengikut kehendak kerajaan negeri.

Begitu juga menerusi prinsip memihara akal, pendidikan terutama pendidikan Islam merupakan aspek utama mesti menjadi agenda kerajaan, tetapi dibawah PH Kedah, sektor pendidikan dalam aspek pendidikan Islam kelihatan tidak menjadi agenda besar dan perhatian oleh kerajaan PH. Berbanding bajet sebelum ini yang menyatakan secara jelas peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat(SAR ), tahfiz serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dalam bajet PH 2019 hanya dinyatakan akan memohon peruntukan kerajaan Pusat sahaja.Kerajaan PH hanya berminat menumpukan pendidikan berorientasikan ekonomi dan insdustri berbanding sektor pendidikan Islam.

Tempoh setahun kerajaan PH Kedah memerintah , konsep maqasid syariah dan “Rahmatan Lil Alamin” hanya dilihat sebagai alat kosmetik mencantikkan wajah kerajaan , bukan mendasari secara benar konsep dan prinsip tersebut.

YANG BENAR

USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.