Home Berita PAS Perak

PAS Perak l Konvokesyen PASTI Parit Mencerlang Jaya

1260
SHARE

KONVOKESYEN PASTI PARIT MENCERLANG JAYA
Oleh : Haris Marma

SERI ISKANDAR – Majlis Istiadat Konvokesyen PASTI Kawasan Parit telah berjaya dianjurkan dengan gilang-gemilang nya di Dewan Iskandar, d’Hotel, Seri Iskandar pagi tadi.

Majlis yang disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Rosli bin Suhaime, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan PASTI Malaysia juga telah dihadiri oleh pimpinan PAS Kawasan Parit iaitu Ustaz Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib, Yang Dipertua PAS, Dr. Hajjah Najihatussalehah Ahmad, Ketua Dewan Muslimat dan Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar, Ketua Dewan Pemuda yang mana ketiga-tiga mereka turut memberikan ucapan di dalam majlis perasmian.

Dalam konvokesyen kali ini beberapa anugerah telah diberikan antaranya Anugerah Jasamu Dikenang yang telah dikalungkan kepada dua orang tokoh guru yang telah berkhidmat dengan Pasti Parit pada awal penubuhannya seawal tahun 1987 iaitu Ustazah Mariani Binti Meor Ahmad dan Ustaz Saniah Che Mat.

Anugerah Murid Cemerlang 5 tahun pula telah disandang oleh adik Nusratina Nasuha Bt Nasharudin dari Pasti Ibnu Sina, Gelung Pepuyu manakala Anugerah Murid Cemerlang 6 tahun disandang oleh adik Iman Insyirah Ahmad Termizi dari Pasti Saidina Osman, Layang-layang Kiri.

Seramai 241 orang murid dari 14 buah Pasti di seluruh Parlimen Parit telah berjaya menerima Sijil PASTI Malaysia pada konvokesyen kali ini.

Paling menarik dalam dalam konvokesyen kali ini ialah pengumuman penubuhan Pasti ke 15 di Parlimen Parit bertempat di Taman Gemilang oleh Ustaz Ismi serta pengumuman pembukaan Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI) di Parlimen Parit oleh Dr. Najiha.

Pengumuman ini mencerminkan kesungguhan Pas Parit menitipkan pendidikan Islam kepada masyarakat sejajar dengan tema Muktamar PAS Pusat “Sejahtera Bersama Islam”.