Home Artikel PAS Kedah

Konvoi Terbuka Parlimen Padang Terap Mendapat Sambutan Anak Muda

2138
SHARE

PADANG TERAP,30 MAC – Konvoi Terbuka Parlimen Padang Terap mendapat sambutan yang sangat besar terutama dari kalangan anak-anak muda Padang Terap kelmarin dengan menyaksikan hampir 500 peserta menyertai konvoi tersebut.

Konvoi yang mengangkat tema “Sejahtera Bersama Islam” itu mengambil masa dua jam perjalanan mengelilingi kedua-dua DUN yang berada di bawah parlimen Padang Terap.

Konvoi anjuran Dewan Pemuda PAS Padang Terap ini dikawal selia rapi oleh unit marshall ARC Padang Terap seramai 20 orang dan turut mendapat kerjasama baik daripada pihak Polis.

Ketua Dewan Pemuda PAS Padang Terap , Ustaz Nurul Amin Bin Hamid menegaskan bahawa matlamat utama konvoi terbuka tersebut adalah untuk mengeratkan ukhwah Islamiah terutama mengambil keberkatan bulan Rejab yang agung disisi Allah.

Disamping itu menurut beliau konvoi tersebut bertujuan mengajak masyarakat supaya sejahtera bersama Islam dan mengambil jalan penyelesaian Islam sebagai satu-satunya cara terbaik bagi menyelesaikan segala kemelut dan masalah yang melanda masyarakat dan negara.

Kehadiran ramai anak-anak muda dalam konvoi tersebut membuktikan bahawa golongan muda memiliki kesedaran yang tinggi dalam politik dan perjuangan Islam dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan habuan keduniaan kerana mereka berkonvoi tanpa ada apa-apa upah daripada pihak penganjur.

Perarakan konvoi yang telah melalui 18 buah kampung ini turut menyaksikan sikap istiqamah para peserta apabila mereka tidak berganjak dari program sehingga tamat desitinasi dituju walaupun hujan turun semasa berkonvoi.

Turut bersama dalam konvoi tersebut adalah Yang DiPertua PAS Padang Terap Ustaz Mihd Azam Abd Aziz dan pimpinan daripada PAS Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan.