Home Artikel PAS Melaka

Konvoi Jelajah Hijau Melaka Anjuran ARC Melaka Meriah

173 views
SHARE

8 Oktober, Melaka Tengah: Konvoi bermotor yang dihadiri seramai 100 peserta konvoi di sekitar negeri Melaka baru-baru ini. Konvoi bermotor ini dianjurkan oleh Alternative Riding Club (ARC) Melaka.

Antara aktiviti lain semasa konvoi adalah seperti riadah kebajikan di Pantai Kundor, Kampung Solok Duku dan Kampung Bachang. Turut hadir semasa riadah kebajikan adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia, IR Hj Khairil Nizam Khirudin , Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden dan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Ruhuddin. Konvoi jelajah hijau juga turut memeriahkan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Melaka di Telok Mas yang telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi. Konvoi jelajah hijau di akhiri di Pantai Siring Pulai bagi program TTS Mega ARC Melaka. Ketua ARC Melaka, saudara Zulfadhli berpuas hati dengan komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh peserta konvoi dan berterima kasih kepada semua perserta konvoi yang terlibat menjayakan Konvoi Jelajah Hijau Negeri Melaka ini.