Home Artikel PAS Perak

Konvoi Hijaukan Dun Trong Meriah

195 views
SHARE

Trong , 1 April : Seramai 40 peserta yang terdiri daripada ahli ARC dan pemuda Bukit Gantang telah mengikuti konvoi hijaukan DUN Trong sejauh kira-kira 70 kilometer yang bermula di Warung Kak Nah , Pekan Trong pada 1 April yang lalu.

Konvoi bertemakan ‘Semarak Kehijauan ‘ anjuran bersama JPRD Trong , Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang dan ARC Bukit Gantang adalah sebahagian daripada langkah menghadapi pilihanraya umum ke 14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Pengarah program , Saudara Roslan Talib , berkata peserta konvoi terbabit akan singgah di 11 JPRU dalam DUN Trong bagi tujuan memasang bendera PAS di setiap lokasi.

“ Kesungguhan masyarakat setempat yang bersama-sama turut serta dalam program seumpama ini membuktikan tiada yang mustahil untuk DUN Trong dimenangi oleh PAS lebih-lebih lagi bila mana mandat diberikan nanti .”

Puluhan motosikal dan motokar mengiringi perjalanan konvoi telah dilepaskan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad.

YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad faisal Abdul Rahman yang turut serta dalam konvoi ini berkata , apa yang berlaku hari ini adalah suatu kesungguhan ahli PAS terutama DUN Trong untuk terus memastikan kejayaan islam menjadi pegangan.

Beliau berkata , semangat ini memperlihatkan bahawa jentera PRU14 Parlimen Bukit Gantang yang terdiri daripada DUN Trong , DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sepetang mantap berhadapan pihak lawan dan berharap program seumpama ini diteruskan di DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sepetang selepas ini.

Turut serta dalam konvoi ini ialah Pengarah JPrD Trong, Haji Zainudin Hamzah , dan Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Saudara Zu Hazmin Badri