Home Artikel PAS Perak

As-Sabiqun Teras Kekuatan PAS

138 views
SHARE

BUKIT GANTANG : Di mana-mana cawangan, pasti ada sahabat-sahabat PAS berusia emas namun masih beriltizam untuk sama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti cawangan khususnya persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14.

Salah seorang daripadanya ialah Ustaz Md Zin Ahmad yang masih bersemangat menebang dan mengusung buluh untuk memacak bendera PAS untuk menghadapi PRU 14 akan datang.

Beliau yg berusia 75 tahun merupakan Pengerusi Assabiqun PAS Bukit Gantang berada di Cawangan Air Kuning dalam DUN Changkat Jering masih cergas di mana sewaktu masih aktif dalam pimpinan PAS kawasan hanya menghantar surat menaiki basikal sahaja.

Selain daripada itu ,salah seorang assabiqun yang hanya dikenali dengan nama Pak Teh Awang masih bersemangat mengedar sisipan harakah untuk ahli PAS walaupun hanya menggunakan basikal.

Dengan hampir 25 tahun mengunakan kenderaan tersebut mengedar harakah selain menhantar surat , ini diharap menmberi semangat kepada golongan muda mencontohi semangat yang ditunjukkan oleh beliau walaupun menuju usia senja.

Mereka ini adalah contoh assabiqun di Bukit gantang yang kaya dengan pengalaman serta menjadi teras kekuatan PAS Bukit Gantang dan cawangan.

Bagi mereka yang keuzuran dan tidak dapat turun ke medan juang, pastilah doa dipanjatkan agar Parti Islam Se-Malaysia mencipta kejayaan gemilang pada pertempuran tahun ini.

Semoga semangat mereka menjadi kekuatan dan perangsang buat kita para amilin PAS untuk teruskan perjuangan sehingga mencapai kejayaan dunia dan Akhirat,